Tuesday, 1 July 2014

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya


Papan tanda jalan raya bukanlah hiasan di tepi jalan semata-mata .papan tanda merupakan undang-undang yang di tetapkan oleh JKJR untuk keselamatan rakyat Malaysia agar lebih terjamin . Jika keselamatan rakyat terjamin, bebas dari berlaku kemalangan di atas jalan raya , dapatlah melahirkan  individu dan pemandu yang berdisiplin , berhemah serta dapat mematuhi undang-undang jalan raya .kita sebagai pengguna jalan raya  harus bijak membuat keputusan . tetapi , adakah mereka mematuhi undang-undang ini ? Malangnya ada segelintir yang hanya memandang remeh tentang hal ini . Setiap papan tanda mempunyai arahan dan tujuan tertentu .

www.google.com


 papan-papan tanda ini bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah destinasi yang ingin dituju. banyak kepentingan dan pelbagai kebaikan yang kita peroleh jika kita bersama-sama mematuhi papan tanda jalan raya . 

Antara kepentingannya adalah:
  • Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain terutamanya pejalan kaki
  • Membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat
  • Pemandu akan lebih berhati - hati ketika memandu di jalan raya.
  • Papan tanda ini dapat mengelakkan kenderaan daripada mengalami kerosakan kerana melalui jalan yang tidak rata.
  • Papan tanda ini menunjukkan arah tuju pemanduan kita.
  • Kita juga dapat mendisiplinkan diri ketika menggunakan jalan raya.
  • Menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
  • Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa orang tersayang.
  • Trafik akan berjalan dengan lancar sekiranya pengguna jalan raya mematuhi papan tanda tersebut.
di samping itu , kita dapat mengurangkan kadar kematian rakyat Malaysia . Dada akhbar sering memaparkan tentang kemalangan yang menyayat hati dan telah mengorbankan banyak nyawa insan yang tidak bersalah .


Dengan perkongsian pengetahuan itu , jadi fikir-fikirkanlah dan dihayati bersama . sekian saja dari saya ,terima kasih .


No comments:

Post a Comment